|
AKTIVITI SEMASA |
LATAR BELAKANG SMKA KUALA SELANGOR |
|||
![]() | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor terletak di Pasir Penambang,lebih kurang 4 kilometer dari Pekan Kuala Selangor
Pembinaan sekolah ini dimulakan pada tahun 1991 dan siap pada awal tahun 1994.Sekolah ini mula beroperasi tanpa pelajar pada 16.04.1994 dengan jumlah kakitangan sekolah seramai 13 orang termasuk pengetua.
Pada masa penyerahan dibuat ,sekolah ini telahpun ada kemudahan asas.Bangunan sekolah didirikan dalam kawasan seluas lebih kurang 40 ekar terdiri daripada 2 blok bangunan sekolah,1 dewan besar,4 blok asrama,1 kantin,1 surau,1 dewan makan asrama dan 23 buah rumah kediaman kakitangan sekolah (13 rumah guru dan 10 rumah pekerja).
Sekolah ini telah dibuka untuk persekolahan pada 19.06.1994
Sekolah ini dinaikkan taraf ke gred A pada tahun 1995 dan telah dirasmikan pada 22 Mei 1997 oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu.
|
||
VISI SMKA KUALA SELANGOR
|
|||
![]() |
Di akhir tahun 2010 SMK Agama Kuala Selangor akan menjadi salah sebuah sekolah yang terbilang antara SMKA. |
||
| MISI SMKA KUALA SELANGOR | |||
|
• Menta'dib pelajar dengan keperibadian Islam supaya menjadi orang yang beriman,bertakwa dan beramal dengan ajaran Islam dalam semua bidang kehidupan. • Membekalkan ilmu pengetahuan Islam dan akademik kepada pelajar berasaskan kurikulum Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membantu pelajar- pelajar mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat. • Memperkembangkan semua potensi pelajar berlandaskan Pendidikan Islam untuk membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih berkesan dalam masyarakat. • Memberi Pendidikan cemerlang bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri. |
||
| LAGU SEKOLAH | |||
Perjuangan kami bermula di sini Akhlak mulia menjadi ikutan SMKA Kuala Selangor SMKA Kuala Selangor |