|
AKTIVITI SEMASA |
SUKAN SEKOLAH 2008 |
![]() |
Alhamdulillah, tamatlah temasya sukan peringkat sekolah yang telah diadakan pada 26-28 Februari lalu. Pada 26 Februari, acara balapan telah diadakan bertempat di Stadium Kuala Selangor, manakala pada 27 Februari pula telah berlangsung acara padang untuk pelajar puteri diikuti oleh acara yang sama untuk pelajar putera pada hari yang berikutnya. Acara padang ini diadakan di padang sekolah. Keputusan pemenang telah disampaikan pada Hari Penyampaian Hadiah yang diadakan di Dewan SMKA Kuala Selangor pada hari Rabu, 7 Mac yang lalu. Senarai pemenang : 100 m L1 : Mirza Azri b. Mispari (Rumah Merah) 200 m L1 : Izzat Syazriq b. Kamaruddin (Rumah Merah) 200 m P1 : Nurul Hannah bt. Nor Shakiman (Rumah Kuning) 400 m L1 : Izzat Syazriq b. Kamaruddin (Rumah Merah) 400 m P1 : Nurul Atikah bt. Puaad (Rumah Biru) 800 m L Terbuka : Mohd. Syafiq b. Mohd Omar (Rumah Kuning) 1500 m L Terbuka : Mohd. Syafiq b. Mohd Omar (Rumah Kuning) Lompat Jauh L1 : Mohd. Nazri b. Abd. Muin (Rumah Merah) Lompat Jauh P1 : Nur Nadiatul Akma bt. Adam (Rumah Biru) Lontar Peluru L1 : Noor Izzat b. Noorazman (Rumah Hijau) Lontar Peluru P1 : Azee Shazeeka bt. Azman (Rumah Merah) Lempar Cakera L1 : Noor Izzat b. Noorazman (Rumah Hijau) Lempar Cakera P1 : Noor Hazirah bt. Zainie (Rumah Kuning) Rejam Lembing L1 : Mohd. Raihan Arif b. Rizwan (Rumah Kuning) Rejam Lembing P1 : Noratiqah bt. Mohd Salleh (Rumah Biru) 4 x 100 m L1 : Rumah Merah 4 x 100 m P1 : Rumah Biru Tahniah kepada para pemenang Keputusan Keseluruhan :
Tahniah kepada rumah merah kerana berjaya mengutip markah tertinggi walaupun hanya melebihi enam mata dari rumah hijau. Rumah biru dan kuning, kedudukannya sama, tempat ke-3. Cuba lagi di masa hadapan. Semoga mutu sukan SMKA semakin meningkat. INSYA'ALLAH!! |